KAHERAH, 26 Feb -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) bergambar kenangan dengan para pelajar Perlis yang menuntut di Mesir sempena perasmian Dewan MIDF-MAIPs semalam. Dewan yang diwujudkan di tingkat 5, Rumah Perlis berkeupayaan menampung maksimum 300 orang dan khusus untuk para penuntut dari Perlis. Raja Muda yang juga Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) merasmikan dewan serba guna itu sempena lawatan kerja baginda selama dua hari ke Mesir.-fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA