GEORGE TOWN, 27 Feb -- Pengarah projek membuat logo Persatuan Kebudayaan India (PKI) Universiti Sains Malaysia, Suthern Kumaravellu menunjukkan sijil Malaysia Book of Records selepas mencipta logo PKI berukuran 65 meter panjang dan 37 meter lebar dengan menggunakan lampu pelita hari ini. PKI menggunakan 10,000 pelita untuk menghasilkan logo berkenaan. Seramai 300 pelajar USM pelbagai kaum menyalakan pelita berbentuk logo PKI di padang kawad untuk mencipta rekod.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA