IPOH, 29 Feb -- Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan (duduk dalam beca) melepaskan peserta Program Jelajah Beca 1Malaysia 2016 anjuran Kelab Pemilik Beca Negeri Melaka dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ipoh, Isnin. Seramai 35 orang menaiki 19 beca menyertai program ini yang bermula dari Melaka ke Padang Besar sejauh 747 kilometer selama 13 hari. Laluan peserta melintasi lapan buah negeri dan dijadual tiba di Padang Besar pada 6 Mac ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA