IPOH, 29 Feb -- Tiga beradik (dari kiri) Zulhairi Abdullah,16, Norhasfiza Abdullah, 25, dan Azizi Abdullah, 17, membuat pemeriksaan rapi sebelum bergerak mengayuh beca mereka berlepas dari Ipoh, Isnin ke destinasi berikutnya dalam Program Jelajah Beca 1Malaysia 2016 anjuran Kelab Pemilik Beca Negeri Melaka dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Seramai 35 orang menaiki 19 beca menyertai program yang bermula dari Melaka ke Padang Besar sejauh 747 kilometer selama 13 hari. Laluan mereka melintasi lapan buah negeri dan dijadual tiba di Padang Besar pada 6 Mac ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA