IPOH, 29 Feb -- Zakaria Ahmad Saufi, 25, dilihat menerusi cermin mentatarias becanya sebelum bergerak berlepas dari Ipoh, Isnin ke destinasi berikutnya dalam Program Jelajah Beca 1Malaysia 2016 anjuran Kelab Pemilik Beca Negeri Melaka dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Seramai 35 orang menaiki 19 beca menyertai program yang bermula dari Melaka ke Padang Besar sejauh 747 kilometer selama 13 hari. Laluan mereka melintasi lapan buah negeri dan dijadual tiba di Padang Besar pada 6 Mac ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA