SINGAPURA, 1 Mac -- Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan Misi Perdagangan Produk Makanan Halal di Singapura baru-baru ini. Delegasi diketuai bekas Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Abdul Hadi Othman dan disertai oleh 27 peserta daripada 19 syarikat, koperasi dan agensi. Antara lain mereka mengadakan pertemuan dengan Fair Price, Mustafa Centre, MyOutlet, AgroBazaar dan beberapa agensi lain.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA