PUTRAJAYA, 1 Mac -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendengar penerangan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin semasa melawat gerai-gerai jualan daging segar pada hari pertama pembukaan MyFarm Outlet Kasih di Presint 7, Putrajaya, Selasa. Pasar menjual keperluan harian ini beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari anjuran FAMA.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA