KUALA LUMPUR, 4 Mac -- Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Datuk Seri Shazalli Ramly (kiri) bertukar memorandum persefahaman bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia Sdn Bhd (MDeC) Datuk Yasmin Mahmood pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Celcom Axiata Berhad dengan MDeC di Menara Celcom hari ini.Menerusi perjanjian itu, Celcom dilantik sebagai rakan digital bagi memudahkan program e-Usahawan MdeC, yang dijalankan menerusi institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional tempatan.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA