IPOH, 4 Mac -- Tiga daripada empat mayat yang ditemui rentung dalam sebuah kereta lebih 24 jam setelah mereka dihempap treler di Kilometer 265.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora tiba di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini.Kesemua mayat itu ditemui kira-kira 11 pagi tadi ketika kerja-kerja pengalihan sebuah treler yang terbabas dan terbakar di lokasi berkenaan awal pagi semalam. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA