JERANTUT, 7 Mac -- TEKUNÃÆ’¢Ã¢Ã¢âÅ¡¬Ãš¦Peserta ÃÆ’¢Ã¢Ã¢âÅ¡¬Ã¹Å“Taman Negara Bird Count 2016ÃÆ’¢Ã¢Ã¢âÅ¡¬Ã¢"¢ (dari kiri) Siti Nur Shahila Shamsudin, 20, Nur Khairun Nisa Ramlee, 24, Ang Jia Jia, 24 dan Mohd Samsul Rizal Mohd Ramli, 42, menggunakan buku dan teropong bagi mengenal pasti spesis burung di Taman Negara Kuala Tahan. Mereka adalah antara 200 peserta yang mengikuti program tiga hari yang berakhir semalam, anjuran bersama BirdGroup Taman Negara dan Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Jerantut. Kira-kira 180 spesis burung telah direkodkan kali ini, berbanding 123 spesis pada tahun lepas. Program tahunan bermula sejak 2014 ini bertujuan mendidik peserta dan masyarakat setempat menjaga alam sekitar yang merupakan habitat hidupan liar termasuk burung. Di samping itu para peserta juga didedahkan cara bagaimana memerhati burung serta menikmati keindahan taman negara.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA