JERANTUT, 7 Mac -- Antara 200 peserta yang mengikuti program tahunan ÃÆ’¢Ã¢Ã¢âÅ¡¬Ã¹Å“Taman Negara Bird Count 2016ÃÆ’¢Ã¢Ã¢âÅ¡¬Ã¢"¢ menggunakan buku dan teropong bagi mengenal pasti spesis burung di Taman Negara Kuala Tahan. Program tiga hari yang berakhir semalam, anjuran bersama BirdGroup Taman Negara dan Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Jerantut diadakan bertujuan mendidik peserta dan masyarakat setempat menjaga alam sekitar yang merupakan habitat hidupan liar termasuk burung. Di samping itu para peserta juga didedahkan cara bagaimana memerhati burung serta menikmati keindahan taman negara.Kira-kira 180 spesis burung telah direkodkan kali ini, berbanding 123 spesis pada tahun lepas.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA