JERANTUT, 7 Mac -- Dua pelajar jurusan Pengurusan Pelancongan dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan, Ang Jia Jia, 24, (kiri) dan Nurul Syahida Che Lah, 23, menunjukkan teropong yang digunakan bagi mengenal pasti spesis burung di Taman Negara Kuala Tahan. Mereka adalah antara 200 peserta yang mengikuti program ÃÆ’¢Ã¢Ã¢âÅ¡¬Ã¹Å“Taman Negara Bird Count 2016ÃÆ’¢Ã¢Ã¢âÅ¡¬Ã¢"¢ di Taman Negara Kuala Tahan Program tiga yang berakhir semalam adalah anjuran bersama BirdGroup Taman Negara dan Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Jerantut. Kira-kira 180 spesis burung telah direkodkan kali ini, berbanding 123 spesis pada tahun lepas. Program tahunan bermula sejak 2014 ini bertujuan mendidik peserta dan masyarakat setempat menjaga alam sekitar yang merupakan habitat hidupan liar termasuk burung. Di samping itu para peserta juga didedahkan cara bagaimana memerhati burung serta menikmati keindahan taman negara.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA