BERA, 7 Mac -- Bapa kepada salah seorang mangsa pesawat MAS MH370, Selamat Omar, 63, termenung mengenangkan nasib anaknya selepas dua tahun kehilangan pesawat malang itu masih belum terjawab ketika fotoBERNAMA menemui beliau Isnin. Selamat adalah bapa kepada Khairul Amri, 29, yang menaiki pesawat MAS MH370 pada 8 Mac 2014 membawa 226 penumpang dan 12 anak kapal terputus hubungan dengan menara kawalan kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing, China. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA