PUTRAJAYA, 11 Mac -- Belon udara panas menghiasi ruang udara Putrajaya semasa Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya ke-8 hari ini. Fiesta belon udara panas itu bermula 11 sehingga 13 Mac, yang menampilkan belon berbentuk khas iaitu Bobo, The Happy Lobster (Belgium), Bee Balloon (Brazil), Mr Z The Zebra (Amerika Syarikat) dan Rocket Alien (Kanada). Peserta dari Perancis, Belanda, United Kingdom, Korea Selatan, Sepanyol, Thailand dan Poland turut mengambil bahagian.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA