KOTA BAHARU, 11 Ogos -- Pengawal keselamatan membawa keluar dua peti simpanan barang kemas dari kedai pajak gadai Islam Ar-Rahn milik kerajaan negeri di sini, hari ini. Pihak pengurusan terpaksa menampal notis pengantungan operasi buat sementara waktu di premis berkenaan. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 malam, kelmarin empat lelaki berjaya melarikan sejumlah 238 peti simpanan berisi pelbagai barang kemas bernilai kira-kira RM18 juta yang dicagarkan pelanggan di situ.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA