KUALA LUMPUR, 15 Mac -- MENARIK... Dua beradik Ahmad Azhar Iskandar, 10, dan Zulaika Azhara,8, tertarik dengan hasil karya yang dipamerkan sempena Pameran Fotografi 'Gamal' yang dirasmikan di Matic Art Gallery di Pusat Pelancongan Malaysia hari ini.Sebanyak 37 keping karya berkonsepkan 'Gamal' yang bermakna wajah dalam bahasa Iban dipamerkan dalam pameran itu. Karya dalam pameran itu disumbangkan oleh 28 jurufoto tempatan, Indonesia dan Brunei. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA