KUANTAN, 16 Mac -- Pasangan suami isteri Azdi Akashah, 31, dan Norfazidah Mohd Daud, 26, tertarik dengan beg terbesar dunia yang dipamerkan sepanjang cuti sekolah di ruang legar pusat beli belah Megamall Kuantan anjuran Latihan Kraftangan Epal (Pusat Epal). Beg berukuran 7.62 meter panjang, 3.04 meter lebar dan 5.6 meter tinggi yang diperbuat daripada kain baju kemeja terpakai sumbangan 1,492 individu pelbagai latar belakang mengharumkan nama Malaysia sebagai pemegang rekod dunia bagi 'beg holdall terbesar duniaÕ. Sebanyak 31 agensi kerajaan, institusi pendidikan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sekolah menyumbang tenaga dalam proses pembuatan beg ini yang mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan bermula 15 Dis 2014. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA