GEORGE TOWN, 17 Mac -- Pengayuh beca, R.Selvarajah,48, melegakan dahaga akibat cuaca terik selepas menurunkan penumpang hari ini.Beliau tetap berusaha mencari nafkah meskipun dalam keadaan cuaca yang terlalu panas yang memerlukannya minum lebih banyak air bagi mengelakkan daripada jatuh sakit akibat kekeringan berikutan fenomena cuaca panas luar biasa yang sedang melanda seluruh negara ketika ini. Jabatan Meteorologi meramalkan keadaan cuaca akan kembali normal menjelang Jun ini. -- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA