KUANTAN, 17 Mac -- TERJUN... Sekumpulan kanak-kanak Orang Asli seronok mandi manda di kolam buatan bagi menyejukkan badan ketika cuaca panas terik di Kampung Orang Asli Sungai Soi, hari ini. Seluruh negara sedang mengalami keadaan cuaca panas dan kering yang luar biasa berikutan fenomena pemanasan lautan El Nino sejak lebih sebulan lepas. Malahan terdapat sekurang-kurangnya enam kawasan dikenal pasti berada pada paras ambang gelombang haba. Justeru orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar bagi mengelak risiko hypertemia dan dehidrasi akibat gelombang haba. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA