BUKIT MERTAJAM, 20 Mac -- Bangkai-bangkai ikan terdampar di permukaan kolam tadahan air di Bandar Perda apabila kandungan air di kawasan tadahan berkenaan dibuang untuk projek menaik-taraf tadahan itu. Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menangkap ikan di kolam tadahan air apabila kandungan air tadahan berkenaan berkurangan. Menurut seorang awam, Mohamad Ali Mohamad Bashir,40, sebelum ini beliau menangkap berguni-guni ikan pelbagai jenis yang terapung di permukaan air berikutan air tadahan itu dibuang sejak dua minggu lepas.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA