JOHOR BAHARU, 22 Mac -- Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh menunjukkan pelbagai arak yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Wong Ah Fook kerana menjual minuman keras tanpa lesen di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan hari ini.Arak yang dirampas juga mengandungi kadar alkohol tinggi antara 15 peratus hingga 40 peratus dan dijual dengan harga yang murah.Sejumlah 555 botol dan 67 tin minuman keras pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM3,000 dirampas.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA