SEREMBAN, 26 Mac -- SANDING SERENTAK... Sebelas pasangan pengantin diraikan serentak pada Majlis Persandingan Beramai-ramai Walimatulurus Perdana 2016 di Masjid Dato Kelana Petra Mohd Yusof, Sikamat, hari ini.Program anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) bersama kerajaan negeri itu bermula dengan upacara akad nikah selepas solat Isyak semalam. Program kali pertama itu bertujuan menggalakkan perkahwinan dilaksanakan mengikut syariat Islam dan mengurangkan beban pasangan. Semua pasangan berusia di antara 21 hingga 28 tahun, dan terpilih daripada 21 pasangan yang membuat pendaftaran pada November 2015. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** BERITA BERGAMBAR