KUANTAN, 27 Mac -- Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bergambar selfie bersama pengunjung-pengunjung selepas menyampaikan ceramah motivasi sempena Karnival Pendidikan MARA Pahang 2016, di Kuantan, Sabtu. Kehadiran beliau selama dua jam pada slot Aspirasi Usahawan dan Pendidikan Global dengan berkongsi pengalaman sewaktu berada di angkasa lepas ternyata menyuntik semangat pengunjung terutama generasi muda untuk mengecapi kejayaan dalam bidang kerjaya yang diceburi. Karnival anjuran MARA selama dua hari ini bertujuan menyebarkan maklumat kepada masyarakat terutama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mengenai program pendidikan yang ditawarkan di Institut Pendidikan MARA dan 58 buah institusi pengajian tinggi swasta seluruh negara.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA