TEMERLOH, 27 Mac -- Seorang penduduk kampung, Nordin Mohd Sharif, 37, mengambil air rawat yang dihasilkan menerusi satu sistem penapis air inovasi oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Kampung Batu Balai Kerdau, Ahad, yang boleh digunakan pada waktu kecemasan. Kampung-kampung sekitar Temerloh seperti Kampung Ketam, Paya Taram, Kelibang dan Kerdau yang selalu dilanda banjir boleh menggunakan kaedah ini menapis air mentah daripada paya dan dalam tanah untuk digunakan ketika banjir apabila terputus bekalan air bersih. Dalam kaedah ini, air disedut menggunkan pam disimpan dan seterusnya melalui proses panapisan sebelum disimpan dalam tangki sebagai air bersih dan selamat diminum.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA