BAKUN, 1 April -- Pengurus Besar Sarawak Hidro (Operasi dan Senggaraan) Anuar Abu Bakar (kiri) bersama Penghulu Uma Belor, yang merupakan satu daripada 15 tuai rumah panjang yang dipindahkan dari Sungai Balui ke Skim Penempatan Sungai Asap pada 1998, bagi memberi laluan kepada projek mega Empangan Hidroelektrik Bakun.Sarawak Hidro yang merupakan pengendali empangan itu, telah menyusun pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat demi menjaga kebajikan penduduk yang terpaksa berpindah ke penempatan itu.Pada 1998 dan 1999, kira-kira 10,000 penduduk setempat yang terdiri daripada etnik Kenyah, Kayan, Lahanan, Penan dan Ukit di kawasan Sungai Balui telah ditempatkan semula di rumah panjang moden yang terletak kira-kira 60km dari tapak empangan ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA