BATU PAHAT, 4 April -- Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tiga kanan barisan belakang) menyaksikan majlis manandatangani memorandum persetujuan antara Ketua Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), Mohd Yazid Jaafar (duduk dua kiri) dengan Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Datuk Dr Mohd Noh Dalimin (dua kanan) di kampus UTHM, Parit Raja Batu Pahat, Isnin. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Md Jais Sarday( dua kiri belakang) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Amran A Rahman (dua kanan belakang).--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA