KOTA BHARU, 6 April -- Komander Agensi Keselamatan Sempadan Negeri Kelantan (AKSEM), Mohd Asri Yahya (kiri) bersama Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Samsudin Noor menunjukkan sebahagian rampasan tembakau yang diseludup selepas sidang media hari ini. AKSEM merampas 3,200 kilogram tembakau dipercayai diseludup dari negara jiran dengan nilai rampasan dianggarkan RM298,000, termasuk cukai.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA