PAKSE (Laos), 9 April -- Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid (kiri) bergambar bersama para pelajar di Ban (kampung) Phonethong di sini.Misi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)-ASEAN di tiga buah kampung di daerah Champasak, Laos membabitkan 45 siswa Malaysia mewakili pelbagai institusi pengajian tinggi, berakhir dengan majlis penutup di Ban (kampung) Phonethong dekat sini, semalam. Dalam misi bermula 28 Mac lalu, siswa Malaysia bergabung dengan 45 siswa Universiti Champasak, Laos menjalankan pelbagai kerja sukarelawan membina pelbagai kemudahan bagi kegunaan sekolah dan penduduk kampung. --fotoBERNAMA (2016) HAKCIPTA TERPELIHAR