KUANTAN, 11 April -- Pegawai Jabatan Kesihatan Pahang memberi penerangan ketika mengedar risalah berkaitan denggi kepada penduduk Taman Gembira Sam Cheong Kin,60, sempena Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes hari ini.Operasi yang bermula hari ini, dilakukan bagi meningkatkan aktiviti pencegahan deman denggi dengan memberi tumpuan di lokasi wabak berulang serta lokasi yang tinggi bacaan indeks Aedes.Untuk menjayakan operasi perangi denggi Jabatan Kesihatan Pahang turut melancarkan kempen 'Koi Nak Bersih, Koi Nak Sihat' untuk meningkatkan budaya cintakan kebersihan dan sihat bagi menghindari komuniti daripada terkena demam denggi yang boleh membawa maut.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA