PUTRAJAYA, 11 April -- Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Selasih yang terletak berhampiran laluan bertingkat di Presint 16 adalah antara projek PPA1M Fasa 1 yang rancak dibangunkan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2017.Seramai 7,872 penjawat awam yang telah berjaya dalam siri cabutan undi lalu bakal menduduki rumah yang dibeli dengan harga kawalan kerajaan iaitu di antara RM150,000 hingga RM300,000 dengan keluasan 1000kp, 1200kp dan 1500kp.PPA1M Fasa 1 terdiri daripada pelbagai jenis kediaman yang dinamakan Palma, Seruling, Selasih, Larai, Jintan, Melinjau, Pudina, Ketumbar dan Kasturi.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA