KUALA LUMPUR, 24 Ogos -- USIA BUKAN PENGHALANG ... Khor Kin Seok, 60, (tiga kanan) seorang daripada penuntut warga emas cemerlang Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) memeluk cucu pertamanya Lauren Leong, 2, selepas menerima ijazah pada majlis Konvokesyen UTAR Ke-7 bagi sesi ketiga di Dewan San Choon Wisma MCA di sini, hari ini.Hadir sama kakaknya Khor Kim Kee, 62, (dua, kiri) anaknya Patrick Leong (kiri) dan Leong Kok Wai dan menantunya Teoh Sue May.Beliau yang mengambil jurusan Sarjana Muda (dengan kepujian) Kesenian Bahasa Inggeris itu adalah bekas guru di Sekolah Menengah Methodist Setiawan Perak memberitahu bahawa usia bukan penghalang bagi mereka yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi walaupun sudah mempunyai anak serta cucu.Seramai 512 penuntut menerima ijazah pada sesi tersebut yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA