BAKUN, 21 April -- Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah Negeri Sarawak menyaksikan persembahan tarian tradisional Orang Ulu, 'Datun Julut' sebelum merasmikan jeti awam terapung dan kawasan menunggu di Tasik Balui, Empangan Bakun.Turut hadir Anngota Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong dan Pengerusi Persatuan Penduduk Asal Tasik Balui Belaga (BLNA) Tony Kulleh (kanan).Jeti awam terapung dan kawasan menunggu bernilai kira-kira RM800,000 itu adalah satu daripada pengisian program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sarawak Hidro yang merupakan syarikat pengendali Empangan Bakun, bagi kegunaan penduduk tempatan yang tinggal berdekatan empangan tersebut.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA