KUANTAN, 22 April -- Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Datuk Ogu Salim Omar (berdiri sembilan kanan) bergambar bersama peserta selepas menutup Malaysian Polytecnic Civil Defence Annual Camp (MaIPCDAC) di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Jumaat. Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar (berdiri sepuluh dari kanan). Seramai 300 peserta PISPA dari 15 buah politeknik seluruh Malaysia menyertai program tersebut di mana pelbagai pertandingan diadakan termasuk pertandingan kawad kaki dan pertandingan kemahiran.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA