KUANTAN, 22 April -- Pegawai kontinjen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor menjulang piala pusingan apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan Malaysian Polytecnic Civil Defence Annual Camp (MaIPCDAC) pada majlis penutup program itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Datuk Ogu Salim Omar (tiga kiri) di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Jumaat. Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar (dua kiri). Program selama empat hari ini bertujuan membina perpaduan yang erat di kalangan pelajar dan pegawai Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Politeknik Malaysia. Seramai 300 peserta PISPA dari 15 buah politeknik seluruh Malaysia menyertai program tersebut.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA