KUANTAN, 22 April -- Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Datuk Ogu Salim Omar (tiga kiri) tercuit hati melihat gelagat sebuah robot memberi tabik hormat kepada beliau sejurus merasmikan majlis penutup Malaysian Polytecnic Civil Defence Annual Camp (MaIPCDAC) di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Jumaat. Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar (dua kiri), Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Pahang, Zainal Yusoff (lima kiri) dan Pengarah POLISAS, Norlida Abdul Razak (empat kiri).Program yang berlangsung selama empat hari bertujuan membina perpaduan yang erat kalangan pelajar dan pegawai Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Politeknik Malaysia. Seramai 300 peserta PISPA dari 15 buah politeknik seluruh negara menyertai program ini di mana pelbagai pertandingan diadakan termasuk kawad kaki dan menguji kemahiran.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA