KANGAR, 23 April -- Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan bergambar bersama para penerima anugerah pada Majlis Apresiasi Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 Jabatan dan Agensi Agama Islam Perlis di Mess Pegawai Kanan Polis Perlis malam tadi.Seramai 26 orang menerima APC, 20 menerima Anugerah Ketrampilan dan tiga orang menerima anugerah khas yang pengiktirafan dan penghargaan kepada bekas-bekas tokoh MAIPs.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA