KUALA KANGSAR, 23 April -- Pengurus Yayasan Kebajikan Anak-Anak Kuala Kangsar Azizul Rahim Abdul Rahman (kiri) menunjukkan manuskrip Al-Quran tulisan tangan tertua di Nusantara sempena perayaan Maulid Kubra di Dewan Jubli Perak hari ini. Orang ramai berpeluang menyaksikan dua buah manuskrip tua - Al-Quran berusia antara 300 hingga 400 tahun dan sebuah manuskrip jawi tulisan tangan dari Nusantara mulai hari ini hingga esok. --fotoBERNAMA (2016) HAKCIPTA TERPELIHARA