KUCHING, 23 April -- Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Amelia Jub mengemaskini set borang kertas penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 di Ibu Pejabat SPR Sarawak, hari ini.Sehingga 5 petang semalam, sejumlah 971 borang pencalonan telah terjual iaitu di Ibu Pejabat SPR sebanyak 443 set, Zon Kuching 124 set, Zon Sri Aman 54 set, Zon Sibu 178 dan Zon Miri sebanyak 172 set. Manakala 1,146 keping pas petugas media telah dikeluarkan SPR.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA