KUANTAN, 24 April -- Bangkai seekor penyu dipercayai mati akibat pencemaran laut ditemui di persisiran pantai di Kuantan, berdekatan Kampung Sungai Ular, Ahad. Sebanyak empat bangkai penyu dijumpai dipercayai mati lebih tiga hari lalu selepas berlaku pencemaran minyak di lautan di kawasan itu. Bangkai terbabit dijumpai di pantai Sungai Ular, antara kawasan teruk tercemar minyak. Jarak setiap bangkai penyu terbabit antara satu hingga dua kilometer.Reptilia terbabit dipercayai mati lebih tiga hari berikutan pencemaran minyak di kawasan pantai. Hingga kini kesan pencemaran minyak di kawasan pantai di Kuantan antara Pelindung, Beserah dan Sungai Ular belum dibersihkan sepenuhnya, walaupun kerajaan Pahang mengarahkan Majlis Perbandaran Kuantan dan Pejabat Daerah Kuantan berbuat demikian.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA