ALOR SETAR, 25 April -- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (dua kanan) menunjukkan jersi pasukan Kedah yang diberikan secara percuma kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman, Isnin. Setiap jersi ADUN diletakkan nombor mengikut DUN dan nama masing-masing sebagai menunjukkan sokongan padu kepada pasukan bola sepak Kedah.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA