MELAKA, 27 April -- Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Md Diah (dua kiri) merasmikan Kanival Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Rabu. Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akedemik) UTeM Prof Datuk Dr Mohd Razali Muhamad (tiga kanan) dan Dekan FTMK Prof Dr Burairah Hussin (kiri). Kanival berlangsung selama dua hari ini yang julung kali diadakan oleh penuntut FTMK UTeM mendapat kerjasama pelbagai pihak dan penaja antaranya Majlis Keselamatan Jalan Raya, polis, Puspakom, Malaysia Technical Scientist Association, SMe Bank, Kementerian Kesihatan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA