KOTA KINABALU, 28 April -- Sungai Kinabatangan merupakan sungai kedua terpanjang di negara ini selepas Sungai Rajang. Panjangnya 560 KM dan mengalir dari kawasan pergunungan di barat daya Sabah ke Laut Sulu di timur.Ia boleh dianggap sebagai koridor kehidupan kepada lebih daripada 250 spesies burung, 50 spesies mamalia, 20 spesies reptilia dan 1,056 spesies tumbuhan yang terkenal di dunia.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA