TELANG USAN, 2 Mei -- UNIK & JARANG DI JUMPAI ... UrakJau, 68, (kanan) dari kaum Kayan bersama rakan-rakannya memberikan gaya tersendiri ketika jurugambar merakamkan gambar beliau di Rumah Panjang Eda Beran Long Laput, baru-baru ini.Menurut beliau keunikan kaum wanita Kayan ialah tradisi telinga panjang yang dianggap simbol kecantikan paling utama. Mereka akan menggantung tembaga atau timah tulen sebagai pemberat untuk menarik cuping telinga sehingga mencecah 20 sentimeter. 'Ibu saya telah menindik telinga saya seawal 10 hari dan saya berbangga kerana saya sentiasa mendapat perhatian orang ramai yang mengatakan cantik dan unik,' ujarnya. Di Sarawak terdapat 28 etnik, dengan etnik terbesar ialah Iban, sebanyak 30 peratus, diikuti Cina 24 peratus, Melayu 23 peratus, Bidayuh 8 peratus, Melanau 6 peratus dan Orang Ulu 5 peratus.Orang Ulu pula satu kategori besar yang merujuk kepada lebih 20 etnik minoriti lain seperti Kenyah, Kayan, Kelabit, Lahanan, Kejaman, dan Ukit.Baru-baru ini, kerajaan persekutuan memutuskan untuk mengklasifikasi status Bumiputera di Sarawak meliputi tiga kaum majoriti utama iaitu Iban, Bidayuh dan Orang Ulu dalam borang kerajaan berkuat kuasa serta-merta sebagai memenuhi permintaan kerajaan Sarawak, sekali gus menghapuskan ruangan 'lain-lain.' Langkah itu diterima baik oleh semua pihak sebagai pengiktirafan bahawa Malaysia ialah negara pelbagai kaum yang unik.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA