TEMERLOH, 2 Mei -- Timbalan Kadi Daerah Temerloh Muhammad Amin Abdul Mutalib (depan) mengetuai bacaan doa di atas pasir Sungai Pahang yang telah kering memohon supaya diturunkan hujan ketika menunaikan solat sunat Istisqa berdekatan Kampung Bangau Parit hari ini.Kira-kira 80 penduduk kampung sekitar persisiran Sungai Pahang menghadiri solat sunat itu sekaligus memohon supaya dihindari musim kemarau berterusan yang menjejaskan tanaman, ternakan dan akitiviti harian. Kebanyakan sungai di Pahang hampir kering akibat cuaca panas berterusan sejak awal tahun malah ada kampung yang sudah terputus bekalan air bersih untuk aktiviti harian. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** (