TEMERLOH, 2 Mei -- Timbalan Kadi Daerah Temerloh Muhammad Amin Abdul Mutalib (depan) bersama-sama penduduk kampung menunaikan solat sunat Istisqa di atas pasir Sungai Pahang yang telah kering memohon diturunkan hujan berdekatan Kampung Bangau Parit hari ini. Kira-kira 80 penduduk kampung sekitar persisiran Sungai Pahang menghadiri solat sunat itu sekaligus memohon supaya dihindari musim kemarau berterusan yang menjejaskan tanaman, ternakan dan akitiviti harian. Kebanyakan sungai di Pahang hampir kering akibat cuaca panas berterusan sejak awal tahun malah ada kampung yang sudah terputus bekalan air bersih untuk aktiviti harian. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA