SINGAPURA, 3 Mei -- Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (kanan) menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian Melaka Plate @ Kempen Riuh De Agrobazaar di Agrobazaar Malaysia di Singapura, Isnin. Enam menu makanan Melaka, laksa nyonya, ikan bakar, gerang asam, ayam pongteh, cucur udang dan cendol dijual di agrobazaar ini selama dua minggu bermula Isnin. Selain itu, sebanyak 15 syarikat dari Melaka diberi peluang memasarkan kira-kira 43 produk keluaran syarikat mereka di agrobazaar sama.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA