BANDA ACEH, 4 Mei -- Pengetua rumah Kebajikan Darul Dayah Nurul Huda, Darman Mohd Daud (berdiri, empat, kanan) bersama beberapa anak yatim melihat tiga mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) bergotong-royong mengecat rumah kebajikan pada misi kemanusian ke Aceh 'We Love We Care' hari ini.Program dianjurkan sebagai tanda prihatin warga UMP terhadap penduduk Aceh yang hidup serba kekurangan akibat tragedi Tsunami yang melanda negara itu pada 2004. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA