SHAH ALAM, 14 Jun -- Lagenda rali negara, Karamjit Singh ketika ditemuramah wartawan BERNAMA di Ibu Pejabat Edaran Otomobil Nasional Berhad Glenmarie baru-baru ini. Lebih dua dekad selepas bergelar pemandu Asia pertama merangkul juara Kejohanan Rali Dunia FIA (PWRC), Karamjit masih gigih meneruskan minatnya sebagai pelumba. Namun, realiti dihadapi pelumba rali paling berjaya di Malaysia itu pada masa ini jauh berbeza daripada hakikat yang pernah memacunya ke persada dunia pada 2002. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA