GEORGE TOWN, 5 Mei -- Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash (tengah) memerhatikan anggota polis trafik yang menggunakan alat Sistem Pembayaran Kompaun Bergerak Atas Talian (MCOPS) semasa sekatan jalan raya di Jalan Patani selepas Majlis Pelancaran Penguatkuasaan MCOPS di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut hari ini.MCOPS dilancarkan hari ini bagi memudahkan serta mempercepatkan anggota polis trafik membuat semakan dalam menjalankan tugas. Kesalahan dan pendaftaran kenderaan juga dapat disemak melalui sistem tersebut dengan menggunakan telefon pintar yang dikhaskan.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA