GEORGE TOWN, 5 Mei -- Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Timur Laut, DSP Noh Idris (tengah) bersama anggotanya menunjukkan alat Sistem Pembayaran Kompaun Bergerak Atas Talian (MCOPS) selepas Majlis Pelancaran Penguatkuasaan MCOPS yang dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut hari ini.MCOPS dilancarkan hari ini bagi memudahkan serta mempercepatkan anggota polis trafik membuat semakan dalam menjalankan tugas. Kesalahan dan pendaftaran kenderaan juga dapat disemak melalui sistem tersebut dengan menggunakan telefon pintar yang dikhaskan.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA